♥ my candies ♥

Thursday, September 12, 2013

Virus Shortcut !


Assalamualaikum.

Ni nak cerita aktiviti aku hari ni adalah menginstall virus shortcut remover.
Walaupun pada awalnyer nak bagi je pendrive yang dah terkene virus tu kat yang lebih pakar.
 Bukan nak menyombongkan diri dan nak cari penyelesaian sendiri
Better kite belajar install daripada mengharapkan orang. 
Lagipon dah segan dengan si expert tu. Yekk

Okey. menggoogle cari dalam bahasa English memang macam macam yang keluar
Perh! buang mase kot duk cari cari mendalah yang macam tu.
Dan akhirnyer aku cari dalam bahasa melayu ''Cara Remove Virus Shortcut''
walaupun hanya ade satu keyword Melayunyerr akhirnyerrr jumpe! 
Terima Kasihlah kepada blogger blogger yang ade buat tutorial tu.
Kalau tak memang aku kelaut la aku seharian ni. :)


Dan semalam,
Aku ade paper Recruitment and Selection
Paper final exam yang memang susah nak mati
Nak kene perah perah otak ni haaaa, perah dan apply semua theori yang aku dah belajar dalam kelas tu
Ishhh! menyesal belajar main main then jawab pon ntah pahape!
Lepastu aku tekad nak tengok carry mark untuk paper tu .
Kot kot ade harapan disitu. hee
 Tapi . Taik!! haha . Amat mengecewakan! 
Carry mark aku rendah jugak! Rendah gilerr! huaaaaa. Nangis sambil gelak2 kejap! 
Aku tak tahu . Kelas yang aku dah buat macam macam kerja tapi dapat maarkah rendah. 
Ahh. Takpahamlah!!
 Lepasnih aku hanya mampu doa yang 
Dr boleh tanda jawapan jawapan aku dengan tenang. 
Amin.



Then, mulalah teringat zaman Diploma dulu dulu. 
Masalah carry mark tak pernah berlaku. Serasa aku lahh. 
Nak kate kawan dengan budak budak skema tak jugak. 
Sebab kawan kawan aku dulu tu gile gile jugak.
Siap pernah dapat dekan beramai ramai pulak tu.
Hmmmm. 


Friday, September 6, 2013

Final Exam! Good Luck Unitenian's!!

Assalamualaikum. wbt .

Sebagai budak tahun akhir , 
Universiti Tenaga Nasional, Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Muadzam Shah , Pahang
Den ingin mengucapkan semoga suksess kepada semua warga pelajar yang akan menduduki Final Exam yang bermula Isnin 090913 ini.
Janganlah korang mensiasiakan duit yuran yang begitu ''murah'' kite tu.
Tak kirelah tu duit dari 
PTPN , MARA , YTN atau ''PA&MA" . haha

Pulun sehabes baik, Jawab elok2, takmo cuak2 sangat.
Sebelum masuk Dewan Peperiksaan tu try bace selawat plus AlFatihah sebanyak yang boleh.
Kalau usaha kite dah cukup dan kite dah berusaha sehabis baik apelah yang nak ditakotkan kan?
So, tawakal la pada Allah. Allah mesti tolong kite dengan memudahkan segala urusan kiteww..



jadual Final Exam aku untuk semester ini
Hanya 4 paper. 
Paper paling sikit pernah aku amek time final exam. Kalah UPSR. 
Haha

Okeyy. Alang alang menyelam update blog ni aku nak share rase terkilan dihati
Sebab Sem ini dan time time nak exam ginilah ramai kekawan aku kat Gombak tu nak kawen.
Ahhh!! Frust!! Kawan baik kawen dan aku kene jawab exam.
Dahlah si bakal pengantin dah booking aku jadi pengapit die start aku habis sekolah dulu lagi
Tapi bile sistem Uniten cemgini, aku terpakse kensel dan berasa kesal sebab tak dapat nak attend majlis kawen kawan aku tu pada 080913, ahad ni.

Sorry Fizah. 
Sorry tak dapat attend majlis ko. 
Aku doakan kau bahagia sampai syurga dan 
cepat dapat anak anak yang comel dan kreatif macam ko.  SayangFiza. :)



MoodFinalExamON! Okey bye!




Sunday, July 21, 2013

Aktiviti Hari Minggu- Bersama Pou

Hye kawan kawan. 
Aktiviti saya hari ini diceriakan oleh pou kesayangan! haha

Name Pou saye goodbye kitty. name yang dicurik dari hello kitty. 
Nama yang tak padan dengan baju rabbit. 
Tapi pedulik ape kan? 
Ameklah kao name goodbye kitty tu ye! haha. 

Okey Pou saya puase okey.
Puase terpaksa. haha
Ce tengok muke terketar2 die menahan lapar dan dahaga.
Nak kate comel kew kesian??
hihi

Ni gambar goodbye kitty time 1 Ramadhan hari tu.
Biaselah. Mule2 nak belajar puase memang sakit sikit.
Macam kite sekolah tadika dulu. Puasa pon tak bape nak penuh.
kan? hehe


1 Ramadhan.

Dan hari ini Pou saya dah kuat! 
Die dah tak ketar ketar macam awal awal puasa dulu 
hari ni goobye kitty dah boleh berkaroke
Okeylah tu kan? sentiasa ceria walaupun berpuase.
hehe.
Alhamdulillah

Pou 11 Ramadhan

Setelah puas bernyanyi bermaen bergolek golek akhirnya pou ke bazzar Ramadhan Muadzam Shah.
Niat dihati mahu mencari puding+Coklat tu...
Tapi terjumpe pulak cuppycake coklat. Nyumnyum
Takpe. Esok boleh cari lagi puding coklat tu.

Pou di bazar

Disini Godbye Kitty nak nasihat kan jangan membazir ketika dibazar Ramadhan tu
Beli yang kite mampu habiskan 
Jangan beli itu ini berlandaskan nafsu. 
Kang tak habes mulalah buang ketongsampah kan dah rugi tu.

Okey kengkawan.
Selamat berbuka.
Semoga Ibadah dibulan mulia ini diberkati dan diterima Illahi.

bubyeee.
Assalamualaikum.