♥ my candies ♥

Monday, December 31, 2012

Doa Final Exam :)


Doa utk Peperiksaan.

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN JAN 2013

DOA PENERANG HATI .

... "Ya Allah jadikanlah aku dikalangan orang-orang yang apabila memandang bahan bacaan dengan sekali pandangan mereka sudah menghafal kandungan dalamnya , memahaminya , mengamalkannya dan menyampaikannya. 

Ya Allah sesungguhnya aku menyimpankan kepadaMu apa-apa yang telah Kau ajarkan kepadaku maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya dan janganlah Engkau melupakan daku akannya wahai Tuhan sekalian alam ."

Amalkan doa ini 3 kali sebelum mula belajar ketika selepas solat,

Tips : Jaga solat 5 waktu, hormat ibubapa dan guru serta menjaga pandangan dan elakkan daripada dosa dan maksiat. 

Imam As-Syafie r.a pernah mengadu kepada gurunya iaitu Imam Waqi' akan lemah hafalannya. 
Maka Imam Waqi' menasihatkan beliau supaya meninggalkan dosa , kerana ilmu adalah cahaya Ilahi dan cahaya Ilahi tidak akan diberikan kepada pelaku maksiat.









GOOD LUCK AWAK SEMUA 

(^____________________^)










Sumber : Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar