Assalamualaikum
Holaaaaa, ni nak cerita minggu lepas aku dan kengkawan dah berjalan kat Cameron Highland
sape yang dah pernah pergi cepat angkat tangan!! yeayy,
Okey. Ni kali pertama aku pergi melancong tanpa dirancang
pergi men taram je, tup tup dah sampai
sebelum tu nak ucap tahniah kat driver kami, Sherry.
Sherry pon tak sangke die boleh drive sampai ke Cameron.
Kami bertolak pukul 2 dari KL lalu jalan Simpang Pulai nak naik Cameron tu
dan lebih kurang 7 ptg dah nak maghrib tu kami sampai Tanah Rata Brinchang
Cuaca kat sana bapakkkkla best, dengan tiupan angin yang sejuk macam kat korea. Haha . Sukeee!
Sampai sampai kami mecari hotel bajet, last last dapat yang terpaling murah Rm60 untuk satu malam,
Tu pon dapat kurang dari Rm95 , sebab ade Ain pandai bodek .
Dah dapat bilik yang memang takde kipas tu kitorang baring baring jap.
Then berjalan kat pasar malam dorang , niat dihati nak mencari sesuap nasi.. tapi pulang dengan pelbagai plastik ditangan... nasi ayam murah,kepak ayam berempah besau giler RM5 je kauuu tapi nak makan dah sejukkk. haha. Kitorang ratah ayam jekk..
Bestlah Cameron,
Esok pagi kami bangun awal awal sebab nak berjalan kat Ladang Stoberi
tempat famous kat sane ade ''Big Red Strawberi'' sekali masuk Rm5 dalam tu ade macam macam jenis bunga dan strawberi, aku dan Sherry mampu makan aiskrim strawberi. Sedap giler.
Dah tu kamu berjalan kew Ladang Teh Boh Cameron Highlands, Sungai Palas.
Subhanallah cantikkkkkk giler ladang teh tu
Kami memanjat tangga nak pergi Restoran Boh kat atas tu
Makanan kat atas tu murah murah dan sangat berbaloi.
berguling atas ladang Teh Boh |
Dah puas menikmati udara kat ladang tehboh kami singgah sebentar kat ladang lavendar. Cantikk jugakkk. Rm5 per entry.
haha. Kat ladang lavendar ni aku gadoh nan sorang bangla poyo, lantaklah...
Dan di situ sahaja laporan ringkas dari aku, kalau nak cerita memang macam macam lagi cerita best dari honeymoon yang tak dirancang nih.
Then.. Kami turun ke Perak sebab nak hantar Ain ke Kamunting, hari berikutnya kami teruskan perjalanan ke Penang. Pasal Penang tu aku update next time. Bubye korang
Suke Jagung cameron!!