♥ my candies ♥

Sunday, July 21, 2013

Aktiviti Hari Minggu- Bersama Pou

Hye kawan kawan. 
Aktiviti saya hari ini diceriakan oleh pou kesayangan! haha

Name Pou saye goodbye kitty. name yang dicurik dari hello kitty. 
Nama yang tak padan dengan baju rabbit. 
Tapi pedulik ape kan? 
Ameklah kao name goodbye kitty tu ye! haha. 

Okey Pou saya puase okey.
Puase terpaksa. haha
Ce tengok muke terketar2 die menahan lapar dan dahaga.
Nak kate comel kew kesian??
hihi

Ni gambar goodbye kitty time 1 Ramadhan hari tu.
Biaselah. Mule2 nak belajar puase memang sakit sikit.
Macam kite sekolah tadika dulu. Puasa pon tak bape nak penuh.
kan? hehe


1 Ramadhan.

Dan hari ini Pou saya dah kuat! 
Die dah tak ketar ketar macam awal awal puasa dulu 
hari ni goobye kitty dah boleh berkaroke
Okeylah tu kan? sentiasa ceria walaupun berpuase.
hehe.
Alhamdulillah

Pou 11 Ramadhan

Setelah puas bernyanyi bermaen bergolek golek akhirnya pou ke bazzar Ramadhan Muadzam Shah.
Niat dihati mahu mencari puding+Coklat tu...
Tapi terjumpe pulak cuppycake coklat. Nyumnyum
Takpe. Esok boleh cari lagi puding coklat tu.

Pou di bazar

Disini Godbye Kitty nak nasihat kan jangan membazir ketika dibazar Ramadhan tu
Beli yang kite mampu habiskan 
Jangan beli itu ini berlandaskan nafsu. 
Kang tak habes mulalah buang ketongsampah kan dah rugi tu.

Okey kengkawan.
Selamat berbuka.
Semoga Ibadah dibulan mulia ini diberkati dan diterima Illahi.

bubyeee.
Assalamualaikum.

Lawatan ke Lynas Corporation Ltd


Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirahim


Pada 19 Julai 2013/ 10 Ramadhan 1434 Hijrah
 Saya beserta rakan rakan dalam jurusan Ijazah Sumber Manusia Uniten,Muadzam Shah telah melawat tapak projek Lynas.
Disini kami mendengar, belajar dan memahami ape yang Lynas sedang bangunkan untuk negara kita ini.

Pas Pelawat Lynas :)


Os yang sentiasa eksaited

Buka Minda!
Alhamdulillah. 
Andaian yang negatif tentang Lynas kini telah melayang jauh
 Ini kerana Lynas bukanlah kilang nuklear seperti yang kita sangkakan. 
Bahkan Lynas menghasilkan produk mesra alam untuk kegunaan rakyat negara ini.
Toksah takot dengan segala radiation yang anda sangkakan, sebab semua aktiviti di Lynas adalah dikawal rapi.


GM Lynas yang sempoi ;)

Pengarah besar di Lynas. 
Muke nampak macam cina. Tapi orang Islam. Maybe die muaalaf. 
Dan saya suka cara penyampaian die yang penuh kesopanan yang membuatkan saya paham apa yang dia sampaikan. 
:)


Kami.

Fikir baik baik. InshaAllah semuanya jadi baik baik. 
Amin .

Monday, July 15, 2013

RINDU

''Atok bak''
Rindu atok yang teramat sangat
Rindu hingga masuk kedalam mimpi
Mimpi tentang kisah 3tahun yang lalu,
Mimpi tentang kata kata nasihat arwah yang terakhir.
Kata kata yang masih tergiang giang hingga kini. SUNGGUH!

Teringat jua akan arwah nenek di Rengit
Bahang kucupannya masih terasa diseluruh wajah
Bisikan terakhirnya jua masih melekat dicuping telinga
''Jaga diri wahai perawan''

Tidak kusangka.
Semua nasihat, kucupan , peluk erat semua telah menjadi yang terakhir di saat itu.
Sekelip mata mereka telah pergi dari hidupku. Pergi selamanya.

Ya Allah. Sebaknya diri ku bagai tak terkata.
Sungguh aku tersangat merindui kedua hamba mu itu.
Hanya Al-Fatihah dan Yassin sebagai kiriman rindu buat mereka disana. 
Terimalah Ya Allah..

Ya Allah. Kau damaikan arwah atok dan nenek kandungku disana.
Kau bahagiakanlah mereka. Ampunkan dosa dosa mereka. Jauhkan seksa kubur dari tubuh mereka Ya Allah. 

Ya Allah. Jika mereka melihatku disaat ini. Buatkanlah hati hati mereka sentiasa gembira dengan perlakuan kami sebgai keturunannya. Pertemukanlah kami di syurgamu Ya Allah.

Makbulkan doa aku Ya Allah. Amin.