♥ my candies ♥

Wednesday, September 18, 2013

BLOG SEBAGAI PENDAPATAN SAMPINGAN

BEN ASHAARI


Blog sebagai pendapatan sampingan? 
Betol kite boleh buat dengan berblog sebab ramai blogger buat gitu. 
Sambil sambil update , buat segmen dorang menjana duit 
dengan pengaruh orang klik iklan sini sini dan sini.

Dan aku sebagai blogger pernah terpengaruh dengan itu semua. Tapi itu hanyalah sementara! haha. Macam pernah daftar kat nuffnang. Tapi itu hanya separuh jalan! huahuahua. 

Saturday, September 14, 2013

Best Man Win


Tajuk in english. Padahal nak cerita pasal 'NOMBOR'

'Nombor'

Jangan menyesal yang lalu,
Jangan menyumpah yang sudah.

Memang dalam hidupkau, kau akan jumpansi hantu 1,
si celaka 2, si tahi 3, si jahat 4, si sial 5, si jahanam 6,
boleh jadi sampai si bodoh 10 - Sebelum kau berjumpa dengan si dia.

Lepas tu tak ada nombor dah .

'Nombor' yang banyak kekadang ade pekdahnyer. Hee
sebab nak cari nombor yang serasi dalam hidup memang payah
Nombor yang boleh ngam dengan kite.
Tak ngam kite buang , padam je nombor tu dalam hidup kite.
Tapi bile tibe tibe nombor tu datang balik nak sayang kite camne?
Haaa, time tulah kau kene pikir bebaik. Takmo gopoh gapah dalam nilai nombor tu.
Sebab nanti kalau salah pilih nombor , 
then kau sakit lagi , memang takde sape nak nolonggg!

Hati hati pilih nombor. 
Biarlah nombor tu takde nilai kat mate orang.
Tapi biarlah yang bernilai kat hati kita. 
Yang terkesan dihati.
Yang terasa membazir kalau nak campak campak die.

Okeybye!



Thursday, September 12, 2013

Virus Shortcut !


Assalamualaikum.

Ni nak cerita aktiviti aku hari ni adalah menginstall virus shortcut remover.
Walaupun pada awalnyer nak bagi je pendrive yang dah terkene virus tu kat yang lebih pakar.
 Bukan nak menyombongkan diri dan nak cari penyelesaian sendiri
Better kite belajar install daripada mengharapkan orang. 
Lagipon dah segan dengan si expert tu. Yekk

Okey. menggoogle cari dalam bahasa English memang macam macam yang keluar
Perh! buang mase kot duk cari cari mendalah yang macam tu.
Dan akhirnyer aku cari dalam bahasa melayu ''Cara Remove Virus Shortcut''
walaupun hanya ade satu keyword Melayunyerr akhirnyerrr jumpe! 
Terima Kasihlah kepada blogger blogger yang ade buat tutorial tu.
Kalau tak memang aku kelaut la aku seharian ni. :)


Dan semalam,
Aku ade paper Recruitment and Selection
Paper final exam yang memang susah nak mati
Nak kene perah perah otak ni haaaa, perah dan apply semua theori yang aku dah belajar dalam kelas tu
Ishhh! menyesal belajar main main then jawab pon ntah pahape!
Lepastu aku tekad nak tengok carry mark untuk paper tu .
Kot kot ade harapan disitu. hee
 Tapi . Taik!! haha . Amat mengecewakan! 
Carry mark aku rendah jugak! Rendah gilerr! huaaaaa. Nangis sambil gelak2 kejap! 
Aku tak tahu . Kelas yang aku dah buat macam macam kerja tapi dapat maarkah rendah. 
Ahh. Takpahamlah!!
 Lepasnih aku hanya mampu doa yang 
Dr boleh tanda jawapan jawapan aku dengan tenang. 
Amin.



Then, mulalah teringat zaman Diploma dulu dulu. 
Masalah carry mark tak pernah berlaku. Serasa aku lahh. 
Nak kate kawan dengan budak budak skema tak jugak. 
Sebab kawan kawan aku dulu tu gile gile jugak.
Siap pernah dapat dekan beramai ramai pulak tu.
Hmmmm. 


Friday, September 6, 2013

Final Exam! Good Luck Unitenian's!!

Assalamualaikum. wbt .

Sebagai budak tahun akhir , 
Universiti Tenaga Nasional, Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Muadzam Shah , Pahang
Den ingin mengucapkan semoga suksess kepada semua warga pelajar yang akan menduduki Final Exam yang bermula Isnin 090913 ini.
Janganlah korang mensiasiakan duit yuran yang begitu ''murah'' kite tu.
Tak kirelah tu duit dari 
PTPN , MARA , YTN atau ''PA&MA" . haha

Pulun sehabes baik, Jawab elok2, takmo cuak2 sangat.
Sebelum masuk Dewan Peperiksaan tu try bace selawat plus AlFatihah sebanyak yang boleh.
Kalau usaha kite dah cukup dan kite dah berusaha sehabis baik apelah yang nak ditakotkan kan?
So, tawakal la pada Allah. Allah mesti tolong kite dengan memudahkan segala urusan kiteww..



jadual Final Exam aku untuk semester ini
Hanya 4 paper. 
Paper paling sikit pernah aku amek time final exam. Kalah UPSR. 
Haha

Okeyy. Alang alang menyelam update blog ni aku nak share rase terkilan dihati
Sebab Sem ini dan time time nak exam ginilah ramai kekawan aku kat Gombak tu nak kawen.
Ahhh!! Frust!! Kawan baik kawen dan aku kene jawab exam.
Dahlah si bakal pengantin dah booking aku jadi pengapit die start aku habis sekolah dulu lagi
Tapi bile sistem Uniten cemgini, aku terpakse kensel dan berasa kesal sebab tak dapat nak attend majlis kawen kawan aku tu pada 080913, ahad ni.

Sorry Fizah. 
Sorry tak dapat attend majlis ko. 
Aku doakan kau bahagia sampai syurga dan 
cepat dapat anak anak yang comel dan kreatif macam ko.  SayangFiza. :)



MoodFinalExamON! Okey bye!