♥ my candies ♥

Friday, May 17, 2013

Saiful Bukhari & Pengacara Teganukita Bakal Berkahwin!



KALAU sungguh bagai dikata, kami ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Saiful Bukhari Azlan yang dikatakan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi
saiful bukhari
Menariknya, calon isteri bukan calang-calang…ia adalah wartawan penyiaran/ pembaca berita TV3 yang comel itu, Nik Suryani Megat Deraman.

Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi kot siapa Saiful Azlan.
Mengenai Nik Suryani, dia jugalah wartawan yang pernah dimarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kes kehilangan jam Omega Ketua Umum PKR itu
exotic e
“ Cabaran paling saya tidak dapat lupakan ketika menemuramah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Pilihan Raya Sarawak.
” Sebagai seorang wartawan yang masih baru, ia bukan satu tugas mudah apabila diminta oleh editor bertanyakan beberapa soalan kepada beliau.
” Bagaimanapun, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar biarpun saya diherdik selain menerima kritikan hebat oleh pengikut beliau ketika itu,” ujar Nik Suryanidalam temubual dengan teganukita.blogspot.com tidak lama dulu.
saipul nikah (1)
Apapun marilah kita semua doakan moga perkahwinan mereka berdua akan kekal hingga hujung nyawa.
Bak kata orang, biarlah hanya cangkul dan tanah saja yang bisa memisahkannya.
Tahniah!


1 comment:

ziqa nuar said...

alhamdulilah. cmpi da jodoh saiful :))