♥ my candies ♥

Friday, December 20, 2013

Koleksi Gambar Anak Selebriti Malaysia

Assalamualaikum

Koleksi gambar bebudak yang membuatkan aku tersenyum di pagi hari, penenang ketika stress, penawar hati ketika berduka. Ecehhh.
Gambar gambar nih aku dapat dari google, printscreen dari instagram, aku follow mak bapak dorang. Then upload kat blog.
Antara bebudak comey tu....

Medina

Medina ni anak blogger comey Irine Nadia, anak die macam anak orang Jepun mehh!
 Comel giler.

Juna
Anak Fynn Jamal, anak akak rock, aku suke mak die sebab mak die suke bagi caption lawak antarabangsa kat setiap gambar gambar anak die si Arjuna Bakthi nih. Kadang kadang nasihat untuk kamiorang yang muda mudi ni.Dorang anak beranak nih duduk dekat obersea.


Opi
Anak selebriti si Atitah Haris, Opi ni pon comeyyyy. Rambut die curl curl. 
Opi ni sepupu Juna yang kat atas tadi tu.
Untunglaaa keturunan comey dan cantik cantik.


Nadi Anaqi

Anak Zahiril Adzim dan Shera Ayob,
Anak die nih comey, rase nak gigit je muke anak die tu. haha
Gerrammm!


Arrian
Arrian bin Tomok, boleh gitu? haha. 
Manis je muke anak jantan Tomok nih,
Sejuk mata memandang


Arrian selalu dibuli bapak die. 
Kadang kadang kesian tengok, tapi comeyyy bile baby nih buat mimik muke. haha

zanderxayneiskander, anak 1st

alessandreajayneiskande, anak second

Anak Harith Iskandar pon comey comey, ade potensi untuk dapat anak ramai si Harith ni,
Hihi.

Aisy
Anak comey milik Zaquan Adha dengan Ayu Raudah,
yang ni special sikit sebab aku suke tengok bapak baby nih sekali, pemain bola yang hensem . huhu

Lastly,

MuhammadAhmadinejadSyatir

Anak buah aku yang pertama, 
aku suke luahkan perasaan kat budak kecik nih, ngadu atok die marah aku, nenek die suke buli aku pastu pekk! die tepuk muke aku, haha.
Satu satunyer anak buah dan cucu makbapak aku
budak ni suke melentikkan badan tanda protes tak mau di gomol.
Haha. Syatir , cepat la pandai jalan.. nanti leh jadi bodyguard acikk.

Sekian :)





p/s : Nak tengok ahli syurga pandanglah pada kanak kanak, kegembiraan di syurga sama seperti gembirannya melihat keletah mereka .




Saturday, November 9, 2013

CAMERON HIGHLAND

Assalamualaikum

Holaaaaa, ni nak cerita minggu lepas aku dan kengkawan dah berjalan kat Cameron Highland
sape yang dah pernah pergi cepat angkat tangan!! yeayy,

Okey. Ni kali pertama aku pergi melancong tanpa dirancang
pergi men taram je, tup tup dah sampai
sebelum tu nak ucap tahniah kat driver kami, Sherry.
Sherry pon tak sangke die boleh drive sampai ke Cameron.

Kami bertolak pukul 2 dari KL lalu jalan Simpang Pulai nak naik Cameron tu
dan lebih kurang 7 ptg dah nak maghrib tu kami sampai Tanah Rata Brinchang
Cuaca kat sana bapakkkkla best, dengan tiupan angin yang sejuk macam kat korea. Haha . Sukeee!
Sampai sampai kami mecari hotel bajet, last last dapat yang terpaling murah Rm60 untuk satu malam,
Tu pon dapat kurang dari Rm95 , sebab ade Ain pandai bodek .

Dah dapat bilik yang memang takde kipas tu kitorang baring baring jap. 
Then berjalan kat pasar malam dorang , niat dihati nak mencari sesuap nasi.. tapi pulang dengan pelbagai plastik ditangan... nasi ayam murah,kepak ayam berempah besau giler RM5 je kauuu tapi nak makan dah sejukkk. haha. Kitorang ratah ayam jekk..

Bestlah Cameron,
Esok pagi kami bangun awal awal sebab nak berjalan kat Ladang Stoberi
tempat famous kat sane ade ''Big Red Strawberi'' sekali masuk Rm5 dalam tu ade macam macam jenis bunga dan strawberi, aku dan Sherry mampu makan aiskrim strawberi. Sedap giler.

Dah tu kamu berjalan kew Ladang Teh Boh Cameron Highlands, Sungai Palas.
Subhanallah cantikkkkkk giler ladang teh tu
Kami memanjat tangga nak pergi Restoran Boh kat atas tu
Makanan kat atas tu murah murah dan sangat berbaloi.


berguling atas ladang Teh Boh

Dah puas menikmati udara kat ladang tehboh kami singgah sebentar kat ladang lavendar. Cantikk jugakkk. Rm5 per entry.
haha. Kat ladang lavendar ni aku gadoh nan sorang bangla poyo, lantaklah...




Dan di situ sahaja laporan ringkas dari aku, kalau nak cerita memang macam macam lagi cerita best dari honeymoon yang tak dirancang nih.

Then.. Kami turun ke Perak sebab nak hantar Ain ke Kamunting, hari berikutnya kami teruskan perjalanan ke Penang. Pasal Penang tu aku update next time. Bubye korang


Suke Jagung cameron!!


Sunday, October 27, 2013

Nasi, Ikan Goreng dan Kicap

Assalamualaikum 


Tengah duk kelamkelibut  ulang alik basuh baju 
sambil menunggu selak buku konon nak buat revision untuk kuiz compensation esok, 
tibe tibe! perut aku berbunyik kriuk kriuk kriuk. 
Mak aih, alamatnyer kelaparan melanda, yelah semalam last makan pukul 16 , mane tak merontanyer perut aku nih kan.

Sambil sambil mengenangkan nak makan ape tengahari nanti,
mule lah terimagin nak makan nasi panas ikan goreng gaul kicap
pehhhhh. memang mabless. 
katfoodcourtadejualtak?

Makanan fevret aku sejak dari kecik, 
memang lejen makanan camnih

lagi lagi kat rumah tu mak aku ade jage budak, 
makanan camnilah kitorg kene suap kat bebudak ,
sambil suap suap budak aku tersuap diri sendiri. haha

cc : KarbonKopie

imaginasi lagi*
Kan bagus kalau ade stok ikan ikan berkilo kilo dalam peti kat hostel ni ,
mesti aku jadi orang paling rajin goreng ikan setiap pagi,
ni peti pon takdo ape tah lagi ikan kan? stop verangan! haha

*real
Verangan punye berangan tibe tibe *Ain, jiran selang dua buah rumah bawak sepinggan nasi goreng
Aku apelagi. Cepat cepat publish post nih dan jom pergi makan! 
Bye