♥ my candies ♥

Sunday, July 21, 2013

Lawatan ke Lynas Corporation Ltd


Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirahim


Pada 19 Julai 2013/ 10 Ramadhan 1434 Hijrah
 Saya beserta rakan rakan dalam jurusan Ijazah Sumber Manusia Uniten,Muadzam Shah telah melawat tapak projek Lynas.
Disini kami mendengar, belajar dan memahami ape yang Lynas sedang bangunkan untuk negara kita ini.

Pas Pelawat Lynas :)


Os yang sentiasa eksaited

Buka Minda!
Alhamdulillah. 
Andaian yang negatif tentang Lynas kini telah melayang jauh
 Ini kerana Lynas bukanlah kilang nuklear seperti yang kita sangkakan. 
Bahkan Lynas menghasilkan produk mesra alam untuk kegunaan rakyat negara ini.
Toksah takot dengan segala radiation yang anda sangkakan, sebab semua aktiviti di Lynas adalah dikawal rapi.


GM Lynas yang sempoi ;)

Pengarah besar di Lynas. 
Muke nampak macam cina. Tapi orang Islam. Maybe die muaalaf. 
Dan saya suka cara penyampaian die yang penuh kesopanan yang membuatkan saya paham apa yang dia sampaikan. 
:)


Kami.

Fikir baik baik. InshaAllah semuanya jadi baik baik. 
Amin .

Monday, July 15, 2013

RINDU

''Atok bak''
Rindu atok yang teramat sangat
Rindu hingga masuk kedalam mimpi
Mimpi tentang kisah 3tahun yang lalu,
Mimpi tentang kata kata nasihat arwah yang terakhir.
Kata kata yang masih tergiang giang hingga kini. SUNGGUH!

Teringat jua akan arwah nenek di Rengit
Bahang kucupannya masih terasa diseluruh wajah
Bisikan terakhirnya jua masih melekat dicuping telinga
''Jaga diri wahai perawan''

Tidak kusangka.
Semua nasihat, kucupan , peluk erat semua telah menjadi yang terakhir di saat itu.
Sekelip mata mereka telah pergi dari hidupku. Pergi selamanya.

Ya Allah. Sebaknya diri ku bagai tak terkata.
Sungguh aku tersangat merindui kedua hamba mu itu.
Hanya Al-Fatihah dan Yassin sebagai kiriman rindu buat mereka disana. 
Terimalah Ya Allah..

Ya Allah. Kau damaikan arwah atok dan nenek kandungku disana.
Kau bahagiakanlah mereka. Ampunkan dosa dosa mereka. Jauhkan seksa kubur dari tubuh mereka Ya Allah. 

Ya Allah. Jika mereka melihatku disaat ini. Buatkanlah hati hati mereka sentiasa gembira dengan perlakuan kami sebgai keturunannya. Pertemukanlah kami di syurgamu Ya Allah.

Makbulkan doa aku Ya Allah. Amin.

Saturday, June 29, 2013

PesananUntukSiGadis by Pakar Diari Hati

Assalamualaikum



Malam ni saya nak share satu nasihat dari Pakar Diari Hati.
Nasihat khas untuk gadis gadis di dunia ini.
Lelaki jua boleh amek iktibar. hehe


''Ramai wanita tak sabar nak kahwin, terlalu fikir nak cari jodoh, malah rasa tertekan bila rakan2 sebaya atau rakan bawah umurnya telah pun mendirikan rumah tangga. KAN?


Itu tak salah, malah sangat baik wanita kahwin awal. NAMUN, dalam masa mencari itu cuba anda fikirkan, berapa banyak telah anda mencuba dalam bercinta?? Berapa ramai lelaki yang cuba mendekati anda?? dan berapa ramai telah anda katakan "Saya minta maaf, saya tak tahu kenapa tiba2 tak ada perasaan pada awk"



UBAH sekarang, berapa kali anda telah laksanakan solat istikharah?? Berapa banyak anda khatam alQuran dan berusaha menutup aurat?? dan berapa kuat anda berusaha menolak nafsu dan perasaan sendiri demi menjaga diri dan cinta hanya untuk yang halal??



Semoga tulisan ini menjentik hati anda. InsyaALLAH saya cuba jadi seperti yang disebut walaupun saya lelaki.''


''3 perkara Rasullullah pesan untuk di percepatkan:

1.solat

2.kahwin di usia muda

3.urusan pengkebumian. 

kalau sudah ada bakal zauj' & zaujah, percepatkanlah ''


Tambahan dari saya. 
Sabar . Sabar Wahai anak gadis. Berdoalah kite dipertemukan Allah dengan insan yang boleh membimbing kita kearah kebaikkan. 
Dan berdoaalah agar dipertemukan insan yang soleh/solehah supaya hidup kita bahagia didunia dan akhirat. InshaAllah. Amin


(^_________________^)
Wassalam.